Social Icons

Halaman

Memaparkan catatan dengan label 5S. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 5S. Papar semua catatan

22 Jan 2015

Kursus 5S Di PPAD Muar


Muar, 19 januari 2015, IKBN Pagoh telah dijemput untuk mengadakan kursus amalan persekitaran berkualiti (5S) yang bertempat di Pejabat Pendidikan Agama Islam Daerah (PPAD) Muar. Seramai 10 orang pegawai IKBN Pagoh telah dijemput pada hari kursus tersebut.

Kursus tersebut telah berlangsung selama 1 hari yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kursus tersebut telah disertai seramai 26 orang kakitangan PPAD Muar.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Muar iaitu Tuan Haji Johari Bin Musa. Kursus tersebut bertujuan memberikan pendedahan berkaitan amalan persekitaran berkualiti 5S yang akan dilaksanakan di PPAD Muar.

3 Dis 2014

Konvensyen 5S 2014 Peringkat Kebangsaan

Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET)

Kuala Lumpur, 27 November 2014 - Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) telah berjaya mendapat anugerahkan 3 Bintang di konvensyen peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Konvensyen tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu dari 24 hingga 26 November 2014. Pada Konvensyen tersebut, kategori yang dipertandingkan dibahagikan kepada dua iaitu QE/5S dan ICC. Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) menyertai untuk kategori QE/5S.

18 Jun 2014

Konvensyen 5S 2014 (Peringkat Wilayah Utara)

  
Ipoh, 4 JUN 2014 – Buat kali ke-2 IKBN Pagoh berjaya pada konvensyen QE/5S, selepas dianugerahkan 3 bintang (Emas) dalam konvensyen QE/5S yang diadakan di Casuarina Convention Centre, Meru Raya, Ipoh Perak.

Konvensyen selama 2 hari itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu QE/5S dan ICC. Pada penyertaan kali ke-2 ini, IKBN Pagoh masih mengekal ahli yang sama, dimana Cuma seorang ahli sahaja yang bertukar. Kumpulan yang masih lagi dianggotai oleh 10 orang ahli ini terdiri daripada semua Jabatan yang terdapat di IKBN Pagoh.

13 Sep 2013

Lawatan 5S IKBN Pagoh Ke ADTEC Batu Pahat

Batu Pahat 10/9/2013 Pasukan 5S IKBN Pagoh telah mengadakan lawatan ke ADTEC BAtu Pahat. Seramai 3 orang wakil dari pasukan 5S IKBN Pagoh telah pergi ke sana untuk lawatan penanda aras 5S. Dalam lawatan tersebut ADTEC Batu Pahat saling bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan berkaitan 5S yang diamalkan di ADTEC Batu Pahat. Acara lawatan diakhiri dengan IKBN Pagoh dan ADTEC Batu Pahat saling bertukar-tukar cenderahati antara satu sama lain.

18 Jun 2013

5S IKBN Pagoh Di Anugerahkan Emas

Johor Bahru, 12 JUN 2013 - IKBN Pagoh berjaya melakar sejarah tersendiri selepas dianugerahkan 3 bintang (Emas) dalam konvensyen QE/5S yang diadakan di The Zon Regency Johor Bahru. Konvensyen selama 2 hari ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu QE/5S dan ICC. Berita selanjutnya Klik Sini

9 Apr 2013

Pra Audit 5S 2013

Pra Audit pada tahun 2013 telah diadakan pada 4 April 2013, untuk berita lebih lanjut Klik sini

8 Apr 2013

Lawatan AJK 5S Ke MPK

Pada 2 April 2013 Ahli Jawatan Kuasa 5S IKBN Pagoh telah membuat lawatan ke Majlis Perbandaran Kuantan untuk melihat sendiri amalan 5S yang dilaksanakan disana, untuk berita lebih lanjut boleh Klik Sini

27 Feb 2013

Taklimat 5S & Lean

Taklimat 5S & Lean telah diadakan pada 25 Mac 2013 di Perpustakaan IKBN Pagoh, untuk berita selanjutnya boleh Klik Sini

25 Feb 2013

Bengkel 5S & Lean

Bengkel 5S & Lean telah diadakan pada 20 - 22 Febuari 2013 di Melaka, untuk berita selanjutnya boleh Klik sini

7 Mei 2012

Taklimat 5S IKBN Pagoh Di KKBN Pontian

2 Mei 2012 IKBN Pagoh telah diberi tanggungjawab untuk memberi taklimat 5S di KKBN Pontian, untuk berita lebih lanjut boleh Klik sini

2 Apr 2012

5S Di IKBN Pagoh

IKBN Pagoh merupakan IKBN yang mengamalkan amalan 5S secara keseluruhanya. IKBN Pagoh telah diaudit kali pertama oleh MPC pada 30 Mac 2012. IKBN Pagoh telah dipersijilkan dengan amalan 5S pada tahun 2012