Social Icons

Halaman

22 Jan 2015

Kursus 5S Di PPAD Muar


Muar, 19 januari 2015, IKBN Pagoh telah dijemput untuk mengadakan kursus amalan persekitaran berkualiti (5S) yang bertempat di Pejabat Pendidikan Agama Islam Daerah (PPAD) Muar. Seramai 10 orang pegawai IKBN Pagoh telah dijemput pada hari kursus tersebut.

Kursus tersebut telah berlangsung selama 1 hari yang bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Kursus tersebut telah disertai seramai 26 orang kakitangan PPAD Muar.

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Muar iaitu Tuan Haji Johari Bin Musa. Kursus tersebut bertujuan memberikan pendedahan berkaitan amalan persekitaran berkualiti 5S yang akan dilaksanakan di PPAD Muar.