Social Icons

Halaman

3 Dis 2014

Konvensyen 5S 2014 Peringkat Kebangsaan

Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET)

Kuala Lumpur, 27 November 2014 - Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) telah berjaya mendapat anugerahkan 3 Bintang di konvensyen peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Konvensyen tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu dari 24 hingga 26 November 2014. Pada Konvensyen tersebut, kategori yang dipertandingkan dibahagikan kepada dua iaitu QE/5S dan ICC. Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) menyertai untuk kategori QE/5S.

Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) dianggotai seramai 10 orang pegawai dari pelbagai bidang. Pada konvensyen tersebut Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) telah membawa projek mesin pemotong paip untuk dipertandingkan. Projek inovasi lahirnya dari amalan 5S yang dilaksanakan diIKBN Pagoh.

Walaupun tidak berjaya menjadi johan keseluruhan, projek tersebut telah banyak memberikan impak kepada IKBN Pagoh dalam amalan 5S di IKBN Pagoh dan diharapkan dimasa akan datang akan ada lagi projek inovasi dari amalan 5S yang diamalkan di IKBN Pagoh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan