Social Icons

Halaman

18 Jun 2014

Konvensyen 5S 2014 (Peringkat Wilayah Utara)

  
Ipoh, 4 JUN 2014 – Buat kali ke-2 IKBN Pagoh berjaya pada konvensyen QE/5S, selepas dianugerahkan 3 bintang (Emas) dalam konvensyen QE/5S yang diadakan di Casuarina Convention Centre, Meru Raya, Ipoh Perak.

Konvensyen selama 2 hari itu dibahagikan kepada dua bahagian iaitu QE/5S dan ICC. Pada penyertaan kali ke-2 ini, IKBN Pagoh masih mengekal ahli yang sama, dimana Cuma seorang ahli sahaja yang bertukar. Kumpulan yang masih lagi dianggotai oleh 10 orang ahli ini terdiri daripada semua Jabatan yang terdapat di IKBN Pagoh.

13 Sep 2013

Lawatan 5S IKBN Pagoh Ke ADTEC Batu Pahat

Batu Pahat 10/9/2013 Pasukan 5S IKBN Pagoh telah mengadakan lawatan ke ADTEC BAtu Pahat. Seramai 3 orang wakil dari pasukan 5S IKBN Pagoh telah pergi ke sana untuk lawatan penanda aras 5S. Dalam lawatan tersebut ADTEC Batu Pahat saling bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan berkaitan 5S yang diamalkan di ADTEC Batu Pahat. Acara lawatan diakhiri dengan IKBN Pagoh dan ADTEC Batu Pahat saling bertukar-tukar cenderahati antara satu sama lain.

18 Jun 2013

5S IKBN Pagoh Di Anugerahkan Emas

Johor Bahru, 12 JUN 2013 - IKBN Pagoh berjaya melakar sejarah tersendiri selepas dianugerahkan 3 bintang (Emas) dalam konvensyen QE/5S yang diadakan di The Zon Regency Johor Bahru. Konvensyen selama 2 hari ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu QE/5S dan ICC. Berita selanjutnya Klik Sini