Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET)
Kuala Lumpur, 27 November 2014 - Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) telah berjaya mendapat anugerahkan 3 Bintang di konvensyen peringkat kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Konvensyen tersebut berlangsung selama 3 hari iaitu dari 24 hingga 26 November 2014. Pada Konvensyen tersebut, kategori yang dipertandingkan dibahagikan kepada dua iaitu QE/5S dan ICC. Kumpulan Pagoh Excellence Team (PET) menyertai untuk kategori QE/5S.